Resipi Nasi Minyak Tanam

Hi semua.agak lama tak bersiaran kat blog ni.. hahaha.Alhamdulillah atas permintaan ramai chewah ramai la sangat kan..hehehe sima nak kongsikan resipi nasi minyak tanam ni..resipi ni sima combine dari resipi suami dan hasil goggle search. Hahaha. Suami sima lagi expert masak nasi minyak tanam ni 😊

Bahan-bahan (anggaran utk 4 org makan)

Bahan bahan:
3-4 cawan beras Basmathi (sima guna beras jasmine pusagold)– basuh dan tos
Ayam (ikut suka nak bhgn mana mcm sima suka masak bhgn kepak n peha)
2 sudu besar Minyak sapi ( boleh je lebihkan jika suka nasi minyak yg rasa kuat)
1 sudu butter
Sedikit bunga lawang, kayu manis
1 biji Bawang merah hiris
1 biji bawang holland
1 biji bawang putih
1/2 inch halia
1 kiub pati ayam
1 paket serbuk briyani maggi-bancuh dgn sedikit air
Cili hijau
Cili padi
Serai (dititik)
Sedikit garam
Sedikit susu cair




Cara cara:



Panaskan minyak sapi dan butter. Masukkan kayu manis dan bunga lawang. Kemudian masukkan serai,bawang merah,bawang putih,halia yang telah dihiris.

Bila bawang dan bahan tumis telah wangi dan keperangan, masukkan bahan-bahan lain cili hijau, cili padi , bancuhan 1 paket perencah briyani maggi.Masukkan ayam. Masukkan 1 kiub pati ayam.Gaul rata. Selepas gaul rata masukkan beras yang dah dibasuh bersih dan tos tadi. GAUL RATA.

Selepas gaul rata masukkan dalam periuk nasi (bagi yang tumis asing dalam kuali) . Kemudian masukkan air ikut sukatan cawan beras tadi.Letak sedikit garam.Gaul rata. Tutup periuk nasi.Masak seperti biasa.

Apabila nasi tengah mendidih hampir masak masukkan susu cair ke dalam nasi.  Gaulkan nasi hingga sebati. (Hati2 gaul ye :)

Lepas tu tutup periuk nasi sampai nasi masak. Bila dah masak gaul rata bagi masak sepenuhnya. Pastu dah sedia untuk dihidang dan dimakan.

Bagi yg suka boleh juga masukkan tomato ke, kismis ka, dan biji gajus ka yang siap digoreng. Ikut citarasa masing2..hehee

Sekian. Selamat Mencuba 😊

Sharing with love,
Simaa Roslan

Comments

Popular posts from this blog

Cozuma CC Cream Menutup Cela sambil Merawat Kulit.

25 WONDERFUL TIPS FOR BETTER LIFE!!!