Posts

Showing posts from January, 2012

Fibroid??Punca dan Rawatan

Image
 Bismillahirrahmannirahim... "Segala Puji Bagi Allah Tuhan Semesta Alam"   Terbaca pasal artikel penyakit fibroid ni.... Fibroid ???apa itu fibroid..fibroid  ni atau nama saintifiknya "leiomyoma"   semacam kanser tapi bukan kanser. ..Ianya sejenis ketumbuhan dalam rahim… Asalnya?  Tisu pada rahim.  Pembesaran fibroid bole jadi sehingga sebesar bola....dasyatkan.. ngeri sungguh .... APA Punca Terjadi Fibroid ni? Punca sebenar fibroid tidak dapat dikenalpasti tetapi kemungkinan besar bersangkut dengan hormon estrogen iaitu hormon yang dihasilkan oleh kilang telur.. Macam mana nak kesan Fibroid ni? Tiada cara yang direct sebab banyak kes dikesan secara tidak sengaja. Gejala atau symptom penyakit FIBROID antaranya adalah haid yang banyak dan panjang dan juga kesakitan di bahagian ari-ari..Sesetengah pesakit juga mengalami gejala kencing yang kerap terutamanya jika fibroid terletak bersebelahan pundi kencing dan menekan pundi kencing.