12 Jenis Bahaya Lidah


Comel kan baby nie..hehe ini Sekadar gambar hiasan :)

Cerita pasal Lidah, alhamdulillah Kita dikurniakan Lidah untuk berbicara, bercakap tapi sedarkah Kita yang Lidah Kita juga bole jadi Lidah yang berbahaya..bahaya yang macam mana???

Ketahui 12 jenis bahaya lidah menurut Imam Al-Ghazali 

1. Perkataan yang tidak bermanfaat boleh membuatkan hati menjadi kasar

2. Mereka yang banyak bercakap, dia banyak berbohong

3. Bersembang kosong.Padahal ciri-ciri orang beriman adalah mereka yang sentiasa menghindarkan diri daripada perkataan dan perbuatan tidak bermanfaat

4. Menyebabkan pertengkaran dan dendam

5. Banyak bicara Akan menimbulkan permusuhan antara kelompok dan golongan

6. Mereka Akan berbohong dengan mengaku sebagai Pakar suatu bidang

7. Ucapan Akan mengandungi makian dan cacian

8. Ucapan yang mengutuk seseorang atau satu golongan

9. Ungkapan syair atau nyayian boleh membangkitkan nafsu kebinatangan seseorang

10. Senda gurau yang memperolok-olok orang lain. Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya mereka yang mentertawakan teman-temannya mereka Akan jatuh ke dalam neraka, lebih jatuh dari bintang suria."

11. Membuka rahsia orang lain

12. Bersumpah palsu: semua itu merosak nilai-nilai amanah.
Rasulullah Saw bersabda "waspadalah terhadap pembohong!sebab pembohong dan orang-orang yang zalimm Sama-Sama dalam neraka". - Ibnu Majah 

Seorang sahabat pernah bertanya kepada Rasulullah:
"Apa penyebab terbesar orang masuk neraka?"
Baginda menjawab: Kerana Lidah dan kemaluannya".
-HR At- Tarmidzi

DOA kita setiap hari semoga DILINDUNGI DARIPADA BAHAYA LIDAH ini...aminnn


Love,
Simaa Roslan

Comments

Popular posts from this blog

Resipi Nasi Minyak Tanam

Cozuma CC Cream Menutup Cela sambil Merawat Kulit.

25 WONDERFUL TIPS FOR BETTER LIFE!!!