Coli Tepat Hidup Sihat..?

Sakit punggung jika guna bra salah saiz??? Huhu mcm tak logic kan.. Tapi memang benar...Jom kita amik tau... JAKARTA: Mungkin tidak ramai wanita mengetahui fakta ini, lebih 80 peratus daripada kalangan mereka di seluruh dunia tersilap saiz pakaian dalam khususnya bra atau coli. Akibatnya, wanita terbabit menghadapi masalah sakit punggung atau tulang belakang dalam jangka panjang dan apabila dibiarkan berlarutan padahnya mungkin bertambah kronik. Dr Magiliene Rosalina berkata, seorang chiropraksi (ahli terapi penyakit tulang belakang), menggunakan bra yang kurang tepat atau tidak sesuai menyebabkan kerosakan kekal terhadap payudara. “Bila bra terlalu ketat, payudara anda akan ditekan sehingga menghalang peredaran darah dan itu boleh menyebabkan kegatalan kepada penggunanya. “Namun, apabila terlalu longgar pula, payudara anda akan kendur kerana tiada sokongan secukupnya, justeru penting untuk menggunakan bra yang tepat setiap hari,” katanya ketika rancanga...